Saturday, October 31, 2009
Bukan Senang nak jadi Ninja
Practise makes perfect.. adik2 semua jangan nak try parkour kalau stamina takde atau malas nak praktis...buruk padahnya...patah tulang tak pe, kalau patah gigi depan????
Friday, October 30, 2009
Real Ninja found in Berlin
Terkedu Mat Rempit tengok ni... tak sangka ada lagi org kat dunia ni lagi berani dari Mat Rempit Malaysia.
Oh ibu
Ibu.. bila dia da kita kurang menghargainya... Bila dia sudah tiada seribu penyesalan menghantui kita. Jika boleh kuputarkan kembali waktu untuk bersama ibu.
Saturday, October 24, 2009
Sunday, October 18, 2009
Saturday, October 17, 2009
Friday, October 16, 2009
Bila Waktu Telah Berakhir..
Tiada apapun yang kekal selamanya... kita akan meninggalkan yang tersayang suatu hari nanti untuk menemuiNYA
Tuesday, October 13, 2009
Sunday, October 11, 2009
Saturday, October 10, 2009
Ikan Duyung - Antara Fantasi & Realiti
I reserve my comment untill it's confirmed by the relevant authority... For now, it's a hoax!
Bacaan Surah Al-Fatihah
Mukjizat Allah.... Alunan ayat-Nya sudah cukup menggetarkan jiwa yang lalai ini, apatah lagi ilmu & ingatan yang terkandung di dalamnya.
Friday, October 9, 2009
Monday, October 5, 2009
Arowana Bukit Merah

Sunday, October 4, 2009
Tragedi sehari sebelum Aidilfitril 2009

Sedih.. 4 sekeluarga rentung setelah kereta mereka merempuh lori kontena yang tiba-tiba membelok lalu terbalik merentang lebuh raya Utara-Selatan berdekatan Gurun pada 17-Sep-2009.
Saturday, October 3, 2009
Surat dari Ibu **Mesti Lihat**
"...orang kata mak gila kerana tunggu anak setiap hari, tapi itulah kesukaan emak"
Friday, October 2, 2009
Sejadah Berdiri Sendiri

BUKIT MERTAJAM: Sepasang suami isteri yang berselisih faham mengenai arah kiblat di rumah mereka di Taman Haji Mohd Amin, Permatang Pauh di sini terkejut apabila sejadah yang terdapat dalam salah sebuah bilik di kediaman mereka tiba-tiba 'berdiri' dengan sendiri malam tadi (1 Okt).
Pasangan Mohamad Shuhaimi Md Ilias dan Zainab Ramli masing-masing berusia 26 tahun menyedari kejadian ganjil berkenaan kira-kira pukul 9.30 malam dan masih lagi dalam keadaan demikian setakat 1.30 tengah hari.

Mohamad Shuhaimi yang bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi di sini berkata sejadah berkenaan merupakan hantaran perkahwinan mereka dan ia digunakan sejak tiga tahun lepas.
Mohamad Shuhaimi Md Ilias (kanan) dengan isterinya, Zainab Ramli (kiri) dan anak perempuannya Puteri Kaira Balqisha menerangkan tentang arah 'kiblat' dan 'sejadah berdiri' di rumahnya.
"Sebelum ini kami tidak pernah berselisih faham mengenai arah kiblat di rumah dan ia mula menjadi pertikaian semalam selepas arah kiblat berbeza dengan apa digunakan masjid berhampiran rumah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya ketika kejadian beliau sedang memandikan anak perempuan mereka berusia dua tahun, manakala isterinya pula sedang menggosok pakaian di bilik berlakunya kejadian ganjil itu.
Jiran-jiran berkerumun ke rumah pasangan Mohamad Shuhaimi Md Ilias dan Zainab Ramli selepas mendengar cerita 'Sejadah Berdiri'.

Mohamad Shuhaimi berkata beliau yang menghamparkan sejadah itu di bilik berkenaan sebelum memandikan anaknya dan tiba-tiba dipanggil oleh Zainab yang berada dalam keadaan ketakutan serta terkejut.
"Isteri beritahu sejadah dihamparkan tadi berdiri secara sendiri ketika dia hendak mengambil pakaian untuk digosok. Saya yang bergegas ke bilik itu terkejut melihatnya.
"Saya bertanya kepada isteri saya sama ada dia ada terkuis sejadah terbabit dengan menggunakan kakinya sehingga menyebabkannya 'berdiri', tetapi dia menafikannya dengan mengatakan ia berdiri secara sendiri," katanya.
Mohamad Shuhaimi (ketiga dari kanan) menjelaskan kepada para tetamu tentang 'Sejadah Berdiri' yang menyerupai seorang Muslimah menunaikan solat.
Katanya beliau menganggap kejadian itu mempunyai hikmahnya tersendiri dan berkemungkinan hendak memberitahu keluarganya mengenai arah kiblat yang sebenarnya.
Kejadian itu menyebabkan rumah mereka menjadi tumpuan kerana orang ramai berpusu-pusu datang untuk melihat sendiri sejadah 'berdiri' berkenaan. BERNAMA