Saturday, October 31, 2009

Urban Ninja

Bukan Senang nak jadi Ninja

Practise makes perfect.. adik2 semua jangan nak try parkour kalau stamina takde atau malas nak praktis...buruk padahnya...patah tulang tak pe, kalau patah gigi depan????

Friday, October 30, 2009

Real Ninja found in Berlin

Terkedu Mat Rempit tengok ni... tak sangka ada lagi org kat dunia ni lagi berani dari Mat Rempit Malaysia.

Oh ibu

Ibu.. bila dia da kita kurang menghargainya... Bila dia sudah tiada seribu penyesalan menghantui kita. Jika boleh kuputarkan kembali waktu untuk bersama ibu.

Flat tv make over

Ideas for cheap Flat TV..



Gambar Depan






Gambar Belakang

Daging segar dari pasar tani..


Saturday, October 24, 2009

Dan Osman Speed Climber - Dead already!

The Power of Love 2

The Power of Love

Never Give up!

Sunday, October 18, 2009

Siapa kata saya tak pandai Matematik??!


Saturday, October 17, 2009

Tak baik...ketawakan dia!


Friday, October 16, 2009

Bila Waktu Telah Berakhir..

Tiada apapun yang kekal selamanya... kita akan meninggalkan yang tersayang suatu hari nanti untuk menemuiNYA

Tuesday, October 13, 2009

Loyar Buruk


Smart Boy.. I think this boy have a bright future to replace Karpal Singh.

Sunday, October 11, 2009

Aku & Kenangan

Kenangan terindah di Temerluh Pahang sukar dilupakan.

Cerita seram dari budak darjah 3


Adoi! Pening kepalaku...Mencabar jugak kerja sebagai guru ni!

Saturday, October 10, 2009

Ikan Duyung - Antara Fantasi & Realiti

I reserve my comment untill it's confirmed by the relevant authority... For now, it's a hoax!

Bacaan Surah Al-Fatihah

Mukjizat Allah.... Alunan ayat-Nya sudah cukup menggetarkan jiwa yang lalai ini, apatah lagi ilmu & ingatan yang terkandung di dalamnya.

Surat dari Bob



Hello Bob, kalau ko terbaca blog ni, tolong updatekan apa yang berlaku sekarang kat kakak ko yang cantik macam Marilyn Monroe tu..

Transformer di Felda Jengka


Sikit lagi nak jadi Transformer..

Movie - 2012


Yesss! ...boleh dating lagi bulan November nanti.

Habuan menang merempit


Serik.... nak taubat dah!

Sponge Box Tidur


Ssyyyy!.. jangan bising-bising, Sponge Box The Square Pants tengah lena dibuai mimpi ni..

Friday, October 9, 2009

Selamat Datang ke Kota Bahru


Yang last sekali tu.... "jambe"

Beratnya Helmet


Ping! Ping!... oii tepi sikit aku tak nampak ni.

Mat Rempit Disumpah


Boss...please tukarkan aku balik jadi Mat Rempit!

Lumba Haram




Ada Berani??... Ini baru betul-betul lumba haram


Monday, October 5, 2009

Arowana Bukit Merah


Mahal... Harga ikan Arowana atau Kelisa boleh mencecah puluhan ribu ringgit seekor. Permintaan tinggi dari dalam dan luar negeri terutama dari baka-baka ezotik seperti Malaysian Golden, Super Red, High Back dan Banjar Red menarik banyak syarikat dan individu untuk menceburi perniagaan ikan peliharaan ini. Terbaru, 3 buah syarikat dari Bukit Merah, Pulau Pinang di mana merupakan habitat semulajadi terbaik di dunia bagi spesis-spesis berharga ini menawarkan berbagai pakej untuk individu yang berminat untuk turut melabur.

Sunday, October 4, 2009

Tragedi sehari sebelum Aidilfitril 2009


Sedih.. 4 sekeluarga rentung setelah kereta mereka merempuh lori kontena yang tiba-tiba membelok lalu terbalik merentang lebuh raya Utara-Selatan berdekatan Gurun pada 17-Sep-2009.

Saturday, October 3, 2009

Satu malam yang malang.

Iklan Raya Petronas - 2001

Iklan Raya Petronas - 2008

Iklan Raya Petronas - 2004

Iklan Raya Petronas - 2003

Iklan Raya Petronas - 2007

Iklan Raya Petronas - 2006

Iklan Raya Petronas - 2005

Iklan Terpilih

Surat dari Ibu **Mesti Lihat**

"...orang kata mak gila kerana tunggu anak setiap hari, tapi itulah kesukaan emak"

Lagu Raya

Pulanglah - Aishah

Friday, October 2, 2009

Sejadah Berdiri Sendiri

Pakcik Mohamad Shuhaimi, Mohd Zaki Saad (kanan), menunjukkan 'Sejadah Berdiri'. -Foto THE STAR oleh MUSTAFA AHMAD

BUKIT MERTAJAM: Sepasang suami isteri yang berselisih faham mengenai arah kiblat di rumah mereka di Taman Haji Mohd Amin, Permatang Pauh di sini terkejut apabila sejadah yang terdapat dalam salah sebuah bilik di kediaman mereka tiba-tiba 'berdiri' dengan sendiri malam tadi (1 Okt).

Pasangan Mohamad Shuhaimi Md Ilias dan Zainab Ramli masing-masing berusia 26 tahun menyedari kejadian ganjil berkenaan kira-kira pukul 9.30 malam dan masih lagi dalam keadaan demikian setakat 1.30 tengah hari.

Mohamad Shuhaimi yang bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi di sini berkata sejadah berkenaan merupakan hantaran perkahwinan mereka dan ia digunakan sejak tiga tahun lepas.


Mohamad Shuhaimi Md Ilias (kanan) dengan isterinya, Zainab Ramli (kiri) dan anak perempuannya Puteri Kaira Balqisha menerangkan tentang arah 'kiblat' dan 'sejadah berdiri' di rumahnya.

"Sebelum ini kami tidak pernah berselisih faham mengenai arah kiblat di rumah dan ia mula menjadi pertikaian semalam selepas arah kiblat berbeza dengan apa digunakan masjid berhampiran rumah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya ketika kejadian beliau sedang memandikan anak perempuan mereka berusia dua tahun, manakala isterinya pula sedang menggosok pakaian di bilik berlakunya kejadian ganjil itu.
Jiran-jiran berkerumun ke rumah pasangan Mohamad Shuhaimi Md Ilias dan Zainab Ramli selepas mendengar cerita 'Sejadah Berdiri'.

Mohamad Shuhaimi berkata beliau yang menghamparkan sejadah itu di bilik berkenaan sebelum memandikan anaknya dan tiba-tiba dipanggil oleh Zainab yang berada dalam keadaan ketakutan serta terkejut.

"Isteri beritahu sejadah dihamparkan tadi berdiri secara sendiri ketika dia hendak mengambil pakaian untuk digosok. Saya yang bergegas ke bilik itu terkejut melihatnya.

"Saya bertanya kepada isteri saya sama ada dia ada terkuis sejadah terbabit dengan menggunakan kakinya sehingga menyebabkannya 'berdiri', tetapi dia menafikannya dengan mengatakan ia berdiri secara sendiri," katanya.

Mohamad Shuhaimi (ketiga dari kanan) menjelaskan kepada para tetamu tentang 'Sejadah Berdiri' yang menyerupai seorang Muslimah menunaikan solat.

Katanya beliau menganggap kejadian itu mempunyai hikmahnya tersendiri dan berkemungkinan hendak memberitahu keluarganya mengenai arah kiblat yang sebenarnya.

Kejadian itu menyebabkan rumah mereka menjadi tumpuan kerana orang ramai berpusu-pusu datang untuk melihat sendiri sejadah 'berdiri' berkenaan. BERNAMA
Related Posts with Thumbnails